Sejarah Peradaban Bangsa Tolinting kuno Dusun kuno Sabah

Image
𝗣𝗲𝗻𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗡𝘂𝗻𝘂𝗸 𝗥𝗮𝗴𝗮𝗻𝗴 : 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮𝗯𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗧𝗼𝗹𝗶𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗻𝗼 (𝗗𝘂𝘀𝘂𝗻 𝗸𝘂𝗻𝗼) https://invol.co/cle8fjy Peradaban Nunuk Ragang, admin menyebutnya sebagai "revivalisme". Ini kerana ia adalah revolusi sosio-budaya dan politik di bawah nama bangsa baru, iaitu bangsa "Tolinting", untuk membina kembali peradaban mereka selepas keruntuhan Kerajaan Poni. Kebudayaan, sistem pemerintahan dan hierarki sosial zaman Poni agak berbeza dari zaman Nunuk Ragang. Meskipun nenek moyang kita berusaha membina kembali bangsa mereka selepas keruntuhan Kerajaan Poni, tetapi revolusi budaya dan politik ini nampaknya gagal. Ini kerana, bangsa Tolinting Nunuk Ragang ini juga akhirnya berpecah belah menjadi suku-suku kecil, yang jumlahnya berpuluh. Suku-suku ini tidak memiliki "𝘴𝘦𝘯𝘴𝘦 𝘰𝘧 𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘩𝘰𝘰𝘥" lagi dan mereka tidak memiliki nama bangsa. Ketika British datang ke Borne

SCAM ALERT!!!!!

Scam alert - Sharing is caring
Ladyboss selalu tengok post mcm ni lalu di wall. Masa mula mula tengok post ni semalam ladyboss terfikir juga kenapa boleh banyak sangat transaction melibatkan online transfer ke akaun peribadi. Rupa rupanya nya begini kronologi kejadian. Kalau misal kata duit dalam akaun kena hack butiran transaksinya agak  pelik sedikit,Banyak sebab dan punca akaun bank kita boleh kena hack dan kita boleh kena scam.
Jangan sesekali bagi TAC dengan pihak lain. Tak kisah la dia cakap tu no dia salah tulis ke salah key in ke,Suruh dia deal sendiri dengan website tu. Boleh je edit balik dekat account setting. Janganlah percaya bulat bulat. Telegram dan whatsapp pun sama. Jgn dedahkan code utk telegram dan whatsapp korang kepada orang lain. Nanti dia boleh ambil alih telegram dan whatsapp korang. Ini lagi bahaya terutamanya korang yg buat bisnes melalui whatsapp dan telegram. Please beware. 
Masa ladyboss masih bekerja sebagai pegawai bank, hari hari kita akan briefing pasal benda ni,Sebab di luar sana sgt byk scammer yg mencari mangsa. Sbb tu kita perlu berhati hati dan melindungi diri drpd terpedaya dgn scam sebegini. Biasanya taktik yg plg sering digunakan adalah panggilan mahkamah yg mengatakan mereka dari LHDN, dari balai polis utk kes penggubalan wang haram ataupun panggilan dari agen insurance. 
Yg insurance ni a bit tricky sebab kalau kita bagi dia masa untuk explain dalam dalam dia tanya soalan kau dah sebut YA, ini akan memberi consent atau kebenaran utk mereka debit amount tersebut daripada akaun korang. Sbb setiap perbualan tu mereka record utk jadi bukti. So kalau receive call tak payah panik. Sbb ada juga pihak bank yg betul betul call. Nanti ada urusan rasmi atau penting, naya pulak kan bila korang tak angkat call.

Bila korang dapat panggilan daripada nombor yg tak dikenali (tempatan) just angkat dan tanya ini panggilan dari siapa, untuk tujuan apa. Kalau dia cakap nak promote insurance korang cakap je "Maaf encik. Saya tak berminat. Terima kasih". Kemudian terus tamatkan perbualan. Sama juga kalau terima panggilan scam LHDN/AMLA tu. Bila korang dengar je suara operator tu cakap "Ini panggilan dari mahkamah.." off sajalah call. Tak payah nak layan, tak payah panic bagai kalau kau takde buat salah. Kalau iye pun korang ada buat salah tak declare cukai atau terlibat dgn AMLA/CFT pergi je balai polis atau LHDN terdekat utk kepastian.

Kalau dapat panggilan dari oversea yg korang tak pasti better jangan angkat. Scammer ni advance sikit sbb diorang boleh hacked data thru call je. Selain tu, ada juga scam yg guna social media platform mcm Mudah-com, telegram, shopee, lazada, grabfood dan foodpanda. Ni biasa dia akan minta TAC mcm kes di bawah. Ataupun bagi message yg ada url link. Ini JANGAN sesekali tekan link atau isi apa apa data korang kat dalam tu. Sekali korang masuk phishing web ni mmg naya korang nanti. 

Biasanya ada message yg dihantar cakap order foodpanda dah ready padahal korang tak order pun. Tapi siap bagi link nak suruh korang gabra. Sama juga dengan message ala ala bank yg cakap kad debit atau kad kredit korang ada digunakan pada tarikh sekian sedangkan kau tak guna. Dan kemudian kau panik. Tapi bila kau check balik message tu nombor  akaun atau 4 last digit debit kad/credit card tu tak sama pun mcm yg dia bagi. Buat apa nak panik. Mmg dah sah sah bukan kad kau. Check betul² nombor akaun dan last 4 digit kad atau kad kredit korang. Kalau betul sama baru korang boleh panic. Tapi jangan tekan link, jangan call pergi no diorang bagi. Sebaiknya call bank korang punya customer service atau pergi ke cawangan bank korang yg terdekat.

Untuk kes phishing web ni diorang ada menggunakan email juga. Biasanya diorang htr email ala ala email official dari bank tapi kalau korang nak check sama ada email dia betul ke tak korang boleh try click dekat reply email. Dekat situ korang boleh tengok nama sender. Jgn terus percaya bulat bulat, kalau ada email suruh click link utk update data, account kena block, nak active account dan sebagainya. Nanti bila korang click link masuk ke web palsu yg nampak mcm betul tp sebenar nya adalah phishing web. Kalau korang masukkan data, habislah. Paling elok, korang type je full website dan pastikan ada medan kunci yg mcm padlock tu dekat depan link https tu. Padlock tu maksudnya website tu adalah link yg secure dan dipercayai. 

Selain tu, ada juga yg guna astro dan lain² cakap nak update data guna phone call. Yang ni tak payah nak layan. Memang bangang sangat bila korang dedahkan data peribadi kepada orang yang tak kau kenal melalui panggilan telefon. Ketahuilah data peribadi kita adalah sulit dan boleh disalahgunakan pihak yg tidak bertanggungjawab. Siapa yg susah nanti? Kita sendiri jugak kan. 

Banyak lagi modus operandi yang diorang gunakan. Tapi yang ladyboss share ini adalah kes yg paling kerap berlaku. Semoga bermanfaat untuk semua. So far bila korang alert dengan benda mcm ni, duit korang akan selamat. So far akaun ladyboss tak pernah ada kes mcm ni. Hilang pun sebab tangan sendiri yg gatal perabis shopping itu ini. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Ladyboss guna Bahasa Melayu supaya semua boleh faham dan baca. Maaf panjang sangat sebab this is the shortest way for me to explain pasal scam. Banyak lagi sebenar nya. Terima kasih kerana membaca dengan sabar ya. 

Credit : pengguna facebook

Popular posts from this blog

Faktor risiko teratas untuk tekanan darah tinggi

What are the symptoms of over the top ldl cholesterol?