Sejarah Peradaban Bangsa Tolinting kuno Dusun kuno Sabah
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ผ๐ธ๐ผ๐ธ ๐ก๐๐ป๐๐ธ ๐ฅ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ป๐ด : ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ๐ป๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ ๐ง๐ผ๐น๐ถ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด ๐ธ๐๐ป๐ผ (๐๐๐๐๐ป ๐ธ๐๐ป๐ผ)
Peradaban Nunuk Ragang, admin menyebutnya sebagai "revivalisme". Ini kerana ia adalah revolusi sosio-budaya dan politik di bawah nama bangsa baru, iaitu bangsa "Tolinting", untuk membina kembali peradaban mereka selepas keruntuhan Kerajaan Poni. Kebudayaan, sistem pemerintahan dan hierarki sosial zaman Poni agak berbeza dari zaman Nunuk Ragang. Meskipun nenek moyang kita berusaha membina kembali bangsa mereka selepas keruntuhan Kerajaan Poni, tetapi revolusi budaya dan politik ini nampaknya gagal. Ini kerana, bangsa Tolinting Nunuk Ragang ini juga akhirnya berpecah belah menjadi suku-suku kecil, yang jumlahnya berpuluh. Suku-suku ini tidak memiliki "๐ด๐ฆ๐ฏ๐ด๐ฆ ๐ฐ๐ง ๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ฉ๐ฐ๐ฐ๐ฅ" lagi dan mereka tidak memiliki nama bangsa. Ketika British datang ke Borneo, barulah nenek moyang kita kembali disatukan di bawah label "Dusun", oleh pihak British.
Mengapa disebut bangsa "Tolinting"? Kerana ia adalah imitasi dari sifat tumbuhan "Tolinting" itu sendiri, bahwa nenek moyang kita berharap agar keturunan mereka menjadi banyak sama seperti rumput Tolinting, yang akan bertumbuh di seluruh bumi Sabah. Terdapat banyak suku-suku yang keluar berhijrah keluar dr Nunuk Ragang secara berperingkat-peringkat, di mana terdapat paling tidak tiga gelombang besar penghijrahan bangsa Tolinting keluar dari Nunuk Ragang. Mereka tidak cuma membentuk suku-suku, tetapi juga wangsa. Dua wangsa Tolinting yang terakhir berhijrah keluar dari Nunuk Ragang adalah wangsa Mononggingi (jalur Aki Lintobon) dan wangsa Tontolobon (jalur Aki Tomui). Suku Tolinting dari wangsa Mononggingi seperti Tobilung dan Kimaragang ini berhijrah keluar sekitar tahun 1700an M, meninggalkan wangsa Tontolobon sebagai pemerintah tunggal Nunuk Ragang, sampailah raja terakhir mereka iaitu Raja Sompon meninggal pada tahun 1743 M.
Selepas meninggalnya raja wangsa Tontolobon yang terakhir, maka menandakan pengakhiran kepada peradaban Nunuk Ragang. Nation yang tidak memiliki raja atau pemerintah tunggal, akan mewujudkan masyarakat yang choatik dan anarki. Tidak menghairankan zaman "๐๐ช๐ด๐ข๐ฏ๐จ๐ฐ๐ฅ ๐๐ฐ๐ฏ๐ฅ๐ฐ๐ฎ" bermula setelah keruntuhan Nunuk Ragang, di mana "๐ฎ๐ช๐ด๐ข๐ฏ๐จ๐ฐ๐ฅ ๐ฐ๐ฎ ๐ฎ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐บ๐ฐ๐ถ" (๐ธ๐ข๐ณ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐ฉ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ฉ๐ถ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐จ) menjadi endemik di kalangan suku-suku yang berpecah-pecah dalam sistem tribalisme. Nunuk Ragang sebagai simbol kesatuan, tidak memiliki makna lagi. Maka salah satu suku dari wangsa Tontolobon iaitu suku Liwogu, telah menebang pokok ๐ฏ๐ถ๐ฏ๐ถ๐ฌ ๐ณ๐ข๐จ๐ข๐ฏ๐จ (pokok ara) yang sekian lama menjadi simbol kesatuan bangsa Tolinting di Nunuk Ragang. Penebangan pokok ara (๐ฏ๐ถ๐ฏ๐ถ๐ฌ ๐ณ๐ข๐จ๐ข๐ฏ๐จ) gergasi di Nunuk Ragang Tompios itu menyebabkan suku-suku Tontolobon seperti Liwan, Bundu, Liwogu, Tindal, Tagahas, Sinulihan, Talantang, Kujau dan sebagainya, mula keluar berhijrah.
Beberapa suku dari wangsa Mononggingi yang masih menetap di Nunuk Ragang Tompios, seperti Kolikuan juga mula keluar dari Nunuk Ragang. Ketika suku-suku dari bangsa Tolinting Nunuk Ragang di Tompios ini keluar dari Nunuk Ragang, mereka tidak lagi disebut "Tolinting". Masing-masing mula menyebut diri sesuai nama suku mereka. Mereka menamakan suku-suku mereka sesuai nama tumbuhan atau binatang (totem) atau keadaan geografi penempatan mereka. Misalnya suku Tuhawon berasal dari nama pokok "๐ต๐ถ๐ฉ๐ข๐ถ" yang banyak di sekitar penempatan mereka; suku Sunggangngon berasal dari nama burung "๐ด๐ถ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ๐จ" (enggang) yang membantu nenek moyang mereka dari pemburu kepala; suku Gana berasal dari keadaan geografi penempatan mereka yang rata (๐จ๐ข๐ฏ๐ข : rata/lapang).
Mengenai suku Liwogu yang menebang ๐ฏ๐ถ๐ฏ๐ถ๐ฌ ๐ณ๐ข๐จ๐ข๐ฏ๐จ, ia ada dalam banyak sejarah lisan beberapa suku Dusun, seperti suku Lobu, Minokok dan Tompizos, iaitu suku bangsa Tolinting yang berhijrah di gelombang terakhir. Ketiga-tiga suku tersebut memiliki cerita lisan yang sama mengenai suku Liwogu yang menebang pokok ๐ฏ๐ถ๐ฏ๐ถ๐ฌ ๐ณ๐ข๐จ๐ข๐ฏ๐จ. Selepas kesemua suku-suku dari bangsa Tolinting keluar berhijrah dari Nunuk Ragang di Tompios, maka penempatan itu pun menjadi kosong tidak berpenghuni. Beberapa suku Lobu kembali ke Tompios di lokasi penempatan Nunuk Ragang dan menyebut tempat itu sebagai "๐๐ช๐ฏ๐ถ๐ฎ๐ฐ๐ฃ๐ถ", kerana tanah itu telah kosong tanpa penghuni manusia. Maka pada hari ini, suku Dusun Lobu merupakan suku yang menetap di sekitar lokasi sejarah Peradaban Nunuk Ragang bangsa Tolinting kuno - Dusunology, 26 September 2022.
____________
Note : gambar hiasan, sekumpulan Dayak di hadapan pokok ๐ฏ๐ถ๐ฏ๐ถ๐ฌ ๐ณ๐ข๐จ๐ข๐ฏ๐จ (ara).